Membuka laluan kerjaya sebenar dalam sektor Oil & Gas, Tenaga Baharu, Maritim, dan Aviansi melalui kerjasama dengan pusat latihan bertauliah dan syarikat industri utama negara.
Penilaian kelayakan & taklimat lesen/sijil offshore
Sesi Q&A bersama tenaga pengajar berpengalaman
Walk-in dialu-alukan (bawa IC & sijil berkaitan)
Jana Kerja Malaysia ialah sebuah platform pembangunan kerjaya nasional yang bekerjasama dengan pusat latihan bertauliah dan rakan industri utama bagi menyediakan peluang latihan, bimbingan, dan penempatan kerja dalam industri berimpak tinggi seperti Oil & Gas, Maritim, Aviation, dan Tenaga Baharu.
Selama lebih dua tahun beroperasi, kami telah membantu ribuan belia Malaysia membina masa depan kerjaya yang lebih mampan.
Fokus kami bukan sekadar melahirkan tenaga kerja berkemahiran teknikal, tetapi pekerja yang kompeten, berdaya saing dan selaras dengan keperluan industri semasa.
Misi kami ialah untuk memperluas akses kepada latihan berkualiti, pensijilan industri, dan bimbingan kerjaya strategik bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mencapai pendapatan mampan, kestabilan hidup, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
1
Taksir Kelayakan
Kenal pasti minat, latar belakang, dan kelayakan anda.
Pasukan kami akan membantu anda memilih bidang latihan dan program paling sesuai dengan keperluan industri semasa.
2
Latihan & Lesen
Ikuti latihan kemahiran di pusat latihan bertauliah yang diiktiraf oleh CIDB, NIOSH, atau badan industri berkaitan.
Dapatkan lesen dan sijil kompetensi yang menjadi keperluan utama majikan.
3
Penilaian Praktikal
Laksanakan ujian amali dan simulasi keselamatan untuk membuktikan kebolehan anda bekerja di tapak sebenar.
Setiap peserta akan dinilai mengikut piawaian industri dan standard keselamatan antarabangsa.
4
Temu Duga & Penempatan Kerja
Kami bekerjasama dengan rakan industri untuk menyediakan peluang temuduga dan penempatan kerja sebenar, sama ada di darat atau luar pesisir.
Peserta yang berjaya akan terus diserap ke dalam sektor berimpak tinggi.
5
Kerjaya & Peningkatan
Selepas penempatan, Jana Kerja Malaysia terus menyokong pembangunan kerjaya melalui program peningkatan kemahiran dan latihan lanjutan (upskilling & reskilling).
Navigating the complexities of content creation with personalized guidance.
Privacy Policy
Terms & Conditions
Follow us on social media and join the clean energy movement!
© Copyright 2025. JANA KERJA OFFICIAL. All rights reserved.